Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang mempunyai seorang anak perempuan yang rupawan. Ramai yang masuk meminang,namun tiada seorang yang dapat menawan hati raja. lantas raja membuat suatu pertandingan , pertandingan itu adalah semua lelaki yang ingin meminang hendaklah melintas kolam yang dipenuhi buaya, semasa hari pertandingan, tiada seorang pun yang berani melintas kolam tersebut. Tiba tiba ada seorang pemuda belari melintas kolam tersebut dengan lajunya. Lalu sampai di daratan. terkejut semua orang yang ada, lantas raja menitahkan pemuda itu berkahwin dengan anaknya. Namun pemuda itu menolak pelawaan raja itu, raja terkejut lantas bertanya kepada pemuda itu apa yang dia mahu.
pemuda itu berkata bahawa dia mahu mencari orang yang menolak dia jatuh ke kolam yang dipenuhi buaya itu sehingga dia sedaya upaya menyelamatkan nyawanya........ semua orang terkejut mendengarnya.
moral of the story ialah.......
1. bila dalam keadaan terdesak kita akan sedaya upaya menyelamatkan nyawa kita, begitu juga dengan kehidupan ini, apabila kita dihimpit kesusahan, kegelisahan dan kesedihan tanpa di pinta, berusaha lah keluar dari kawasan itu, walau nyawa di hujung tanduk. berusaha lah , insyaalah ada jalan keluar...........
semoga kita jadi kuat semangat, hati n perasaan.
salam perkenalan dari saya...... cik bedak.......
No comments:
Post a Comment