Saturday, 15 October 2011

ASALAMUALAIKUM............

Lama tak tulis dalam blog nie.... sibuk sangat dng jualan jus monavie, alhamdulilah bulan 9 dapat jual rm 1,200.00. seronok bila dapat duit.   cuma tak seronok kat ofis jer.... kekwan pandang rendah pada diri ini cox kita nie tak kira lelaki atau perempuan semua kita kawan.. mcm mcm citer kita dengar, kadang kala kita baik dgn org, itupun buat orang salah sangka........ takan lah kita nak citer masalah kita..... makcik makcik memang suka dok mengata....padahal kain sendiri koyak tak sedar. ada aku kisah...........
memang kena sabar dengan makcik makcik tu.........npk sangat suka berpura pura, talam bermuka muka.

sekarang memang tgh fokus pada jualan jus monavie.... namun nak menyara anak bukan senang,,,, ada pilihan lain////// ada pilihan tak . takda kan........siapa nak tolong kita bila kita susah. mmg takda yg nak tolong... hanya anggap kita perempuan murahan yang cuba menarik simpati... itulah nasib wanita...... hanya tuhan je yang tahu penderitaan hati ku.......

ada ker orang kisah kalau kita tak makan, suami sendiri pun belum tentu nak tolong.  so dari merintih hati,baik jual jus monavie, ada faedah,,,,,,,,,,

bukan nak lepas gerammmmmmm tapi hanya luah rasa hati, nasib baik keja............. cuma tempat kerja yg tak seronok bila ada tukang fitnah, tukang gosip, tukang mengata mcm diri kita tak sembayang utk di kata. kalau diri tonggang tonggeng sembayang tak payah lah nak sibuk jaga tepi kain orang. tau lah kita jaga kain kita. huh

Monday, 1 August 2011

ASALAMUALAIKUM..............

Selamat berpuasa kepada semua umat islam..... semoga Ramadhan tahun ini menjadi ramadhan yang sangat bermakna.....
Alhamdulilah ramai yang hantar wish pada i. Ingatkan bila dah pindah ofis, orang dah tak mahu hantar lagi wish.....mekasih pada kekawan yang sudi hantar sms .....terharu sangat apabila kawan yang jarang jumpa hantar sms.... mekasih pada encik firdaus soh, pada meymey kat terengganu, pada encik khalid sekeluarga, pada kawan-kawan di simpang renggam, pada kawan di kahang, kawan di paloh..... mekasih atas sokongan dan ingatan pada diri ku........daku sangat hargai......
Dalam hati, harap kawan yang rapat akan hantar sms pada kita.....namun tiada pun....bila kita hantar sms, tiada jawapan pun....mungkin sibuk agak nya.......agaknya........dalam hati berkata, orang yang kita tak sangka, sentiasa ingat kat kita. orang yang kita sangka ingat kat kita, rupanya lupa pada kita.
Semua mesej tu akan daku simpan........akan daku kenang ......
daku ada seorang sahabat yang baik....dulu selalu daku ceritakan rahsia ku pada nya....namum siapa lah kita... mana ada orang yang nak kongsi susah hidup dengan kita........ akhirnya daku pergi dari situ......pergi membawa diri....... rasa tiada gunanya......kerna sahabat baik  sudi berkongsi masalah........ bukan menambah masalah......
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun dulu. Namun dapat ku rasakan bahawa ramadhan kali nie pun rasa hambar....hambar sangat...... moga anak anak ku gembira, sudah cukup..........sudah lama daku tak senyum........dengan penuh ikhlas di hati. bukan mudah nak ikhlas ..........semoga Allah lindungi diriku.......
semoga Puasa ku di terima Allah.......

Friday, 29 July 2011

Hari nie pagi petang makan....alhamdulilah.......rezeki tuhan bagi..............bulan 8 nie nak menyambut puasa... ramai yang bersedekah.....alhamdulilah.......

Wednesday, 27 July 2011

Hidup tak semestinya indah....... indah tak semestinya bahagia.........kadang kala kita lihat indah nya rumah itu......tapi belum tentu orang yang duduk kat rumah tu bahagia.
Bahagia letaknya di hati........jika hati tak bahagia.... semua nya tak kena......
haruskah memberi peluang......memang harus.....namun belum tentu hati yang luka itu tiada parutnya.......

ungkapan di atas hanya daku sendiri yang mengerti...... tak perlu di huraikan......

Sejak jual jus monavie hanya 20 peratus yang memang betul betul nak minum
                                            20 peratus yang simpati
                                            20 peratus yang nak mencuba
                                            20 peratus yang nak ambil kesempatan pada saya
                                            20 peratus yang beli atas dasar kawan
tak mengapa lah...............asal orang tu beli........
azam di hati .......satu hari nanti saya akan berjaya dalam jus monavie ini..... biarlah apa orang nak kata, namun untuk berhenti  .........tidak sekali kali.
daku takan berputus asa...........................

Friday, 22 July 2011

apabila hati sudah tawar,  segala nya rasa kosong...... benci sentiasa menyelimuti....pabila sudah tiada rasa sayang maka cinta pun pergi dari situ....
apabila kaki melangkah pergi....baru sedar orang itu sangat berharga,,,,,,, ketika bersama..... tiada dihargai....tiada perhatian......tiada ambil berat.......apatah lagi belaian...
setelah air mata telah kering.......baru rasa sayang timbul..... pedih terasa.....
mengapa........ kerana apa bila kita berkorban....pengorbanan tidak di hargai...........
pergilah.............jika kau mahu..............

Thursday, 21 July 2011

Inilah gambar kenangan saya di suatu tempat tanah tinggi yang permai....nama tempat di rahsiakan cox tak mahu di jadikan isu.  Cox, saya sedar, saya bukan jawatan tinggi bolee pi makan angin jauh jauh..... saya hanya kakitangan yang selalu kena fitnah...yang selalu orang ambik kesempatan atas saya......yang selalu dipersendakan kerana tiada kedudukan, pangkat mahu pun harta yang banyak....saya bukan sesiapa....
Namun saya masih jua merasai nikmat kehidupan ini dengan adanya sokongan rakan karib...... sanggup kongsi rasa masalah diri......sanggup membawa saya berjalan jalan di kaki rimba yang indah.......
Gambar ini di ambik di sebuah perkampungan yang indah... disana penduduknya hidup harmoni... tiada pencemaran...hasil utama bertani dan menjual barang kraf.  namun mereka bahagia dengan kehidupan mereka...
saya sangat suka tempat tu....... harap suatu hari nanti saya akan kembali ke tempat yang cantik dan mendamaikan.... di belakang saya datin kamariah isteri dato hassan... orangnya baik sangat.... maaf datin jika saya ada menguris hati datin.....
kenangan terindah antara yang terindah............
Kakadang dalam kehidupan ini..... ada benda yang perlu kita luahkan.......kena bagitahu apa yang kita rasa....apa yang kita mau.......apa yang kita perlu.........
bila dah luah....kita tunggu pula apa reaksinya..........
adakala orang susah nak terima......ada orang bolee terima....memang gasa sedih bila orang ego.... tak mahu terima apa apa pun........
kini aku hanya mampu berdoa.... berdoa pada Allah agar keadaan yang sedih menjadi tenang.....agar aku menjadi seorang yang tabah......sabar......beriman....
kalau lah aku mempunyai banyak pilihan....alangkah bahagianya...namun aku tiada pilihan....terpaksa menjalani kehidupan ini dengan rasa sedih....
inilah pilihan aku.....menjalani kehidupan bekerja makan gaji sambil menjual pelbagai produk...sambil menjadi orang tengah....sambil menjadi kerani part time...sambil menanam kelapa sawit di kampung....sambil itu...sambil ini.....mengapa ?
kerana demi anak-anak yang tercinta dan diriku sendiri.....
rela diri di fitnah dengan pelbagai tomahan.....namun aku tetap aku......dah biasa dengan fitnah orang yang tak pernah faham tentang diriku..... tak mengapalah......bukan mereka beli beras untuk ku....
Hidup ini memang tak banyak pilihan......tersalah pilih kita merana seumur hidup......
memang aku banyak salah pilih dalam hidup ini...

Monday, 18 July 2011

Semalam pi meeting monavie..... rasa semangat...tapi bukan senang nak berniaga rupanya......perlu banyak tindakan baru bolee berjaya....
Dalam kehidupan ini....banyak betul kisah sedih yang saya alami.....
Skrg kat pejabat, saya langsung tiada keseronokan bekerja....... rasa sangat bosan...... nak mengadu pada.............nanti jadi isu...........nak mengadu kat kanan...............nti keluar khubah jumaat panjang lebar........so jadilah saya seperti melukut kat tepi gantang.masuk tak tambah, pergi tak luak...... sampai bila lah harus bergini..............kekadang rasa diri ini memang tak diperlukan oleh sesiapa pun.

saya tetap juga akan jalan seperti biasa....melalui liku liku kehidupan ini dengan penuh sabar...tetap akan menjaga anak anak sendirian. mungkin sudah suratan hidup saya begini.  Saya mohon kekuatan pada Allah... sahaja........ nak hurai panjang panjang, takut menjadi fitnah pada saya....

ku pendam sebuah duka.................................................................

Thursday, 14 July 2011

Nak berniaga kenalah banyak bersabar...... dalam bekerja memang kena banyak sabar.... kekadang letih dan penat juga.......... apa pun i serah pada allah jua.  banyak benda dalam dunia nie yang susah untuk kita dapat.....bila dah cuba tapi tak dapat memang rasa hampa dan kecewa.
kawan memang ramai.....tapi tak ramai yang sudi kongsi masalah dengan kita..... bila dah kongsi masalah. disalahkan kita pula.....itu lagi parah........
ikut kan hati nak jer pi jauh jauh....... jauh ....jauh....... tapi masih ada lagi tanggujawab yang belum selesai.  siapa yang nak paham..... hanya allah jua yang paham....
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhhu.....................................

Tuesday, 12 July 2011

my best friend...........

Semalam zaiton my best friend i telephone, dia dapat naik pangkat, bestnya dia. i tabik sepring kat dia, cox dia berusaha dapatkan jawatan tu,
semoga aku dapat semangat itu.... banyak cerita, rahsia , suka duka i kongsi bersama dia.yang paling i suka dia akan ketawa dulu sebelum cerita..... kalau dah cerita,makin btambah ketawanya...........
dan yang paling i suka, dia  tak pandang rendah pada insan lain. sudi berkawan dengan aku.......
skrg dia kerja dekat dgn tempat  aku, so bila bila masa i dapat jumpa dia . tu yg best.
tahniah ton..... doakan kejayaan aku pula.......

Monday, 11 July 2011

nutrimetics produk kesayangan ku.........

HAI, Inilah produk yg paling cik bedak suka, APRIKOT NUTRI RICH OIL DARIPADA NUTRIMETICS. Produk terbaik Nutrimetics ini di formulasikan dengan minyak kernel aprikot dan minyak lobak untuk:- berkhasiat memelihara dan meningkatkan tahap kelembapan kulit.  melegakan dengan cepat ketidakseimbangan kulit kering dan melindungi dari kehilangan lembapan. so, cuba cubalah try pakai.  memang kulit muka akan lebih anjal, lembut dan menawan ......... 
macam iklan kat surat khabar pula npk gayanya.......
LOGO INI SANGAT PENTING DALAM KEHIDUPAN KITA SEKARANG.TANPA LOGO INI PASTI HIDUP KITA AKAN TAK KERUAN. YELAH SKRG NAK MINUM KOPI PUN TAKUT KAN.  TAPI JGN RISAU PRODUK MONAVIE HALAL YEA. ..  SO , BILA BELI BARANG , JGN LUPA TGK LOGO NIE YEA. WAIMA NAK BELI SERBUK KOPI SEKALI PUN.  CIK BEDAK PUN PAKAI BEDAK YANG HALAL......JER.......

Monday, 4 July 2011

JUS MONA-VIE -ANUGERAH DARI ALAM

Jus Monavie sangat berkhasiat dan dapat merawat pelbagai penyakit, kandungannya terdiri daripada 19 buah-buahan.
Buah Acai Beri berasal daripada Amazon adalah buah yang tinggi anti oksidannya.  Ramai yang telah minum dapat merasa kesannya dengan cepat. Campuran buah-buahan yang tinggi vitamin c dan khasiatnya dapat membantu pesakit yang mengalami pelbagai penyakit.  sila layari laman web monavie.malaysia bagi mengetahui khasiatnya.
Saya sangat suka dengan sistem perniagaan Jus Mona vie ini,  kerana disamping kita minum jus ini untuk sihat, kita juga dapat menjana pendapatan.  Saya ada kerja tetap,  namun saya buat Monavie hanya untuk menambah pendapatan ( part time ).  Alhamdulilah, setiap bulan ada duit extra masuk, dapatlah nak bayar hutang.  Seronok juga dapat jumpa ramai orang.  Up Line pun tak putus bagi semangat,  alhamdulilah ramai yang membantu dan memberi semangat. 
Kadang kala rasa orang yang kita baru kenal sangat menghargai kita, orang yang dah lama kenal, lansung buat tak kenal bila jumpa.  Memandang kita dengan pandangan yang serong.  Apa pun, saya teruskan langkah ini, moga perniagaan Jus Monavie ini membawa saya keluar ke suatu kehidupan yang membahagiakan.
Memang bukan mudah dan senang utk mencapainya.....kadang kala masa bersama anak terpaksa dikorbankan, masa untuk diri sendiri terpaksa di abaikan, itulah namanya pengorbanan............

Friday, 1 July 2011

DAH MASUK BULAN JULAI

Dalam tak diam dah 6 bulan berlalu. saya macam biasalah sibuk memanjang , sibuk dengan anak , sibuk dengan monavie, sibuk dengan nutri metics, sibuk dengan kerja, di samping buat buat sibuk dengan kerja lain.....  tapi nak wat camna. cari rezeki yang halal, memang bukan mudah.  
tapi mesti kena ingat, untuk diri sendiri. kita kena peruntukan masa untuk diri. if hati sakit, kena pandai pujuk hati sendiri. walau apa pun, tanggujawab pada anak anak takan di lupakan. 
hati pun risau pada abah yang dah uzur. moga Allah pelihara beliau.
 salam sayang dari cik bedak........

Wednesday, 29 June 2011

ceciter citer. . . . . .........

Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang mempunyai seorang anak perempuan yang rupawan. Ramai yang masuk meminang,namun tiada seorang yang dapat menawan hati raja.  lantas raja membuat suatu pertandingan , pertandingan itu adalah semua lelaki yang ingin meminang hendaklah melintas kolam yang dipenuhi buaya, semasa hari pertandingan, tiada seorang pun yang berani melintas kolam tersebut.  Tiba tiba ada seorang pemuda belari melintas kolam tersebut dengan lajunya.  Lalu sampai di daratan. terkejut semua orang yang ada, lantas raja menitahkan pemuda itu berkahwin dengan anaknya.  Namun pemuda itu menolak pelawaan raja itu, raja terkejut lantas bertanya kepada pemuda itu apa yang dia mahu.
pemuda itu berkata bahawa dia mahu mencari orang yang menolak dia jatuh ke kolam yang dipenuhi buaya itu sehingga dia sedaya upaya menyelamatkan nyawanya........ semua orang terkejut mendengarnya.

moral of the story ialah.......
1. bila dalam keadaan terdesak kita akan sedaya upaya menyelamatkan nyawa kita, begitu juga dengan kehidupan ini,  apabila kita dihimpit kesusahan, kegelisahan dan kesedihan tanpa di pinta, berusaha lah keluar dari kawasan itu, walau nyawa di hujung tanduk. berusaha lah , insyaalah ada jalan keluar...........
 semoga kita jadi kuat semangat, hati n perasaan.
salam perkenalan dari saya...... cik bedak.......